JellyPages.com

Sunday, 1 September 2013

Berbaju Kurung Ke Pesta Arak Merdeka






KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber : Sinar harian

Nota Pink : Mungkin kerajaan patut ambil tegas berkenaan isu agama..apa pendapat korang?

SEJARAH POLITEKNIK KOTA BHARU


LATAR BELAKANG PENUBUHAN POLITEKNIK 

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bertujuan melahirkan
para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang  kejuruteraan, perdagangan,
hospitaliti,  ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan
tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej
komuniti. Pada sesi Julai 2006, terdapat seramai 35,216 pelajar yang mengikuti program
di peringkat sijil dan 44,566 pelajar yang mengikuti program di peringkat diploma.
Politeknik KPTM mula diperkenalkan pada 1969 melalui Rancangan Colombo
dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik  Ungku Omar, Ipoh. Pendidikan
politeknik telah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi dengan perakuan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979), Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Latihan (1991) dan Pelan Induk Perindustrian Negara (1985-1995).  Sehingga
kini terdapat 18 buah politeknik dan dua buah politeknik kota yang sedang beroperasi di
seluruh negara :-

POLITEKNIK SINGKATAN TAHUN
Politeknik Ungku Omar  PUO 1969
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah  POLISAS  1976
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah POLIMAS 1984
Politeknik Kota Bharu  PKB  1985
Politeknik Kuching, Sarawak  PKS 1987
Politeknik Port Dickson  PPD  1990
Politeknik Kota Kinabalu  PKK 1996
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Shah Alam sehingga 2002)
PSA  1997
Politeknik Johor Bahru  PJB 1998
Politeknik Seberang Perai  PSP  1998
Politeknik Kota Melaka  PKM 1999
Politeknik Kota Kuala Terengganu  PKKT  1999
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(Dikenali sebagai Politeknik Dungun, Terengganu sehingga 2006)
PSMZA 2001
Politeknik Merlimau, Melaka  PMM  2002
Politeknik Sultan Azlan Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Tanjong Malim sehingga 2004)
PSAS 2002
Politeknik Kulim, Kedah  PKU  2002
Politeknik Sultan Idris Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam sehingga 2005)
PSIS 2003
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
(Dikenali sebagai Politeknik Perlis, Perlis sehingga 2006)
PTSS  2003
Politeknik Muadzam Shah  PMS 2003
Politeknik Mukah  PMU  2005 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) ditubuhkan pada tahun 1964.

Bahagian kecil ini telah distruktur semula menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal pada
1995. Peranan utama Jabatan Pendidikan Teknikal atau lebih dikenali sebagai, JPTek
adalah untuk memastikan kesinambungan dasar pendidikan dan perkembangan
pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.
Skop pengoperasiannya termasuk memberi perkhidmatan di dalam penyelidikan,
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penyeliaan dan pemantauan pembangunan
pendidikan teknik dan vokasional sebagai satu agensi pusat untuk  sekolah menengah
rendah dan politeknik.

Sejak penubuhan KPTM pada September 2004, kini pengoperasian politeknik
dan kolej komuniti adalah di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) yang ditubuhkan pada 2005.





Tempat saya belajar kat atas ni la..politeknik kota bharu :D