JellyPages.com

Sunday, 1 September 2013

Berbaju Kurung Ke Pesta Arak Merdeka






KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber : Sinar harian

Nota Pink : Mungkin kerajaan patut ambil tegas berkenaan isu agama..apa pendapat korang?

SEJARAH POLITEKNIK KOTA BHARU


LATAR BELAKANG PENUBUHAN POLITEKNIK 

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bertujuan melahirkan
para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang  kejuruteraan, perdagangan,
hospitaliti,  ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan
tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej
komuniti. Pada sesi Julai 2006, terdapat seramai 35,216 pelajar yang mengikuti program
di peringkat sijil dan 44,566 pelajar yang mengikuti program di peringkat diploma.
Politeknik KPTM mula diperkenalkan pada 1969 melalui Rancangan Colombo
dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik  Ungku Omar, Ipoh. Pendidikan
politeknik telah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi dengan perakuan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979), Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Latihan (1991) dan Pelan Induk Perindustrian Negara (1985-1995).  Sehingga
kini terdapat 18 buah politeknik dan dua buah politeknik kota yang sedang beroperasi di
seluruh negara :-

POLITEKNIK SINGKATAN TAHUN
Politeknik Ungku Omar  PUO 1969
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah  POLISAS  1976
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah POLIMAS 1984
Politeknik Kota Bharu  PKB  1985
Politeknik Kuching, Sarawak  PKS 1987
Politeknik Port Dickson  PPD  1990
Politeknik Kota Kinabalu  PKK 1996
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Shah Alam sehingga 2002)
PSA  1997
Politeknik Johor Bahru  PJB 1998
Politeknik Seberang Perai  PSP  1998
Politeknik Kota Melaka  PKM 1999
Politeknik Kota Kuala Terengganu  PKKT  1999
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(Dikenali sebagai Politeknik Dungun, Terengganu sehingga 2006)
PSMZA 2001
Politeknik Merlimau, Melaka  PMM  2002
Politeknik Sultan Azlan Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Tanjong Malim sehingga 2004)
PSAS 2002
Politeknik Kulim, Kedah  PKU  2002
Politeknik Sultan Idris Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam sehingga 2005)
PSIS 2003
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
(Dikenali sebagai Politeknik Perlis, Perlis sehingga 2006)
PTSS  2003
Politeknik Muadzam Shah  PMS 2003
Politeknik Mukah  PMU  2005 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) ditubuhkan pada tahun 1964.

Bahagian kecil ini telah distruktur semula menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal pada
1995. Peranan utama Jabatan Pendidikan Teknikal atau lebih dikenali sebagai, JPTek
adalah untuk memastikan kesinambungan dasar pendidikan dan perkembangan
pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.
Skop pengoperasiannya termasuk memberi perkhidmatan di dalam penyelidikan,
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penyeliaan dan pemantauan pembangunan
pendidikan teknik dan vokasional sebagai satu agensi pusat untuk  sekolah menengah
rendah dan politeknik.

Sejak penubuhan KPTM pada September 2004, kini pengoperasian politeknik
dan kolej komuniti adalah di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) yang ditubuhkan pada 2005.





Tempat saya belajar kat atas ni la..politeknik kota bharu :D

Sunday, 25 August 2013

Kisah Menarik di FB ^_^

cerita ni aku copy dari fb seseorang.Saje nak share ngan kamu semua.enjoy!

"Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   Kata mak..   Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.   Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..   "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."   Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.   Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.   Mak lihat..   "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."   Cerita mak sambil tersenyum..   Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.   Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..   Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..   Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.   Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.   Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.   Cerita mak..   Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.   Dan kelihatan abah..   "Abang ke mana? Risaunya ani.."   "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.   Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.   Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..   "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."   "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."   Dan abah hanya ketawa.   Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.   Pernah mak tanya,   "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."   "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..   Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.   Dan abah selalu membanggakan mak.   Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.   "Beruntung Ani dapat suami macam tu.."   Mak gembira.   Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..   Pernah mak berkata..   "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."   Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,   Sudah tiada.   Pergi untuk bertemu cinta agungnya..   Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.   Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.   Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..   "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."   Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.   "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."   Mak tak boleh mendengar deringan telefon.   "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."   Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.   "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..   Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.   "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "   Mak terus tersenyum.   "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."   Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...    


Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka....

Kemalangan Bas di Genting Highlands Terburuk dalam Sejarah


37 MAUT, 16 CEDERA



PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam.

Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas

Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara
 

Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam. 

Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.